Tiger Woods antara 10 finalis yang dikemukakan untuk Dewan Kemasyhuran Golf Dunia 2021.
Woods, pemain terhebat sepanjang zaman, merupakan salah seorang daripada empat calon pemain lelaki termasuk juara tiga kali gelaran utama, Padraig Harrington, dan duo Amerika Syarikat (AS), Johnny Farrell dan Tom Weiskopf.
Woods memenangi gelaran utama ke-15 dalam Kejohanan Masters tahun lalu bagi menamatkan penantian selama 11 tahun untuk menjuarai salah satu daripada empat kejohanan utama.
Susie Maxwell Berning, Beverly Hanson, Sandra Palmer dan Dottie Pepper pula diangkat sebagai calon wanita sementara Tim Finchem dan Marion Hollins melengkapkan senarai pencalonan penyumbang.
Pemain atau penyumbang memerlukan 75 peratus persetujuan daripada Jawatankuasa Pemilihan untuk dicalonkan.
Umur bagi kelayakan itu diturunkan dari 50 kepada 45 tahun, sekali gus melayakkan pencalonan Woods yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-45 pada Disember depan.
"Jawatankuasa pencalonan telah memilih 10 finalis yang mewakili pemain dan penyumbang terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dunia Golf, Greg McLaughlin.
"Penambahbaikan untuk kriteria Dewan Kemasyhuran adalah satu proses yang hebat bagi memastikan calon yang paling layak untuk dipertimbangkan.
"Kami berterima kasih kepada jawatankuasa penamaan berhubung tugas yang telah mereka lakukan dan menjangkakan edisi 2021 adalah salah satu yang paling sengit."

10 finalists have been selected for consideration into the Class of 2021.
— Golf Hall of Fame (@GolfHallofFame) March 3, 2020
Male Competitor:
Johnny Farrell
Padraig Harrington
Tom Weiskopf
Tiger Woods
Female Competitor:
Susie Maxwell Berning
Beverly Hanson
Sandra Palmer
Dottie Pepper
Contributor:
Tim Finchem
Marion Hollins pic.twitter.com/Sz68fqAD2f