Skip to main content

Sukan Lain

Dania Elisha bakat muda ping pong negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ping-pong.jpg
Atlet cilik ping pong negara, Dania Elisha Airul Haris, sekali lagi mempamerkan bakat luar biasa selepas menewaskan pencabar dari Uzbekistan, Adelina Khasanova, untuk meraih gelaran juara dalam Kejohanan World Table Tennis (WTT) Youth Contender 2024 di Dubai.

Berdepan pemain yang menghuni ranking ke-177 dunia itu tidak mencetuskan rasa gusar buat dirinya untuk mempamerkan aksi konsisten dengan mendahului dua set pertama 11-8, 11-8.  

Bagaimanapun, lawannya enggan memberi laluan mudah untuk bangkit dalam set ketiga dan keempat, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aksi yang berlanjutan selama 31 minit itu dimanfaatkan sebaiknya dengan corak permainan memukau untuk mematahkan serangan Adelina, sekali gus menjulang gelaran juara bagi kategori bawah 13 tahun.
 

Advertisement

Must Watch Video