Skip to main content

Sukan Lain

Dancesport Terbuka Malaysia: Penganjuran sulung buka lembaran baru sukan tari di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chua-zjen-fong.jpg
Presiden Persatuan Sukan Tari Kuala Lumpur (KLDSA), Chua Zjen Fong, selaku pengerusi penganjur Dancesport Terbuka Malaysia menyifatkan kejohanan edisi keempat ini sebagai titik tolak pembangunan arena sukan tarian di negara ini. 

Walaupun pada awalnya bimbang kerana ini pertama kali mereka menganjurkan pertandingan berskala yang besar, namun dia lega segala perancangan berjalan lancar.

Maklum balas penonton serta peserta dari dalam dan luar negara turut menunjukkan reaksi positif.

Dia juga komited untuk meneliti semula segala aspek serta memperbaiki kelemahan yang ada untuk penganjuran akan datang.

"Kejohanan berjalan lancar memasuki hari ketiga. 

"Peserta dari 26 negara memberikan reaksi positif terhadap penganjuran ini. 

"Penganjuran ini boleh naikkan nama negara dan penganjur, baik di rantau ini dan dunia," katanya. 



 

Advertisement

Must Watch Video