Skip to main content

Sukan Lain

Dancesport Terbuka Malaysia: Liuk lentuk Ken Vin-Zoe Tan cemerlang ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dancesport-pair.jpg
Pasangan dancesport negara, Ooi Ken Vin dan Zoe Tan, melayakkan diri ke Kejohanan Asia B-21 Ten Dance dalam Kejohanan Dancesport Terbuka Malaysia di Shah Alam hari ini.

Mengakui berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan mereka dalam saingan separuh akhir, pasangan negara itu sedar perlu memperbaiki beberapa aspek, khususnya dalam menampilkan ekspresi muka ketika menari.

Walaupun mereka dilihat menjadi prospek emas negara dalam acara berkenaan, ia tidak memberi sebarang tekanan buat pasangan muda itu untuk meneruskan momentum terbaik bagi tarian standard dan latin.

"Strategi kami dalam separuh akhir adalah mencuba untuk memberikan segalanya untuk kejohanan Asia dan kemudian menyimpan tenaga untuk MIDF kerana selepas itu, kami perlu bersaing dalam acara standard," kata Ken Vin kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Daripada segi prestasi kami dalam separuh akhir, saya rasa ia amat memuaskan hati tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan."
 

Advertisement

Must Watch Video