Skip to main content

Sukan Lain

Dancesport Terbuka Malaysia: Atlet negara tekad peraga aksi bertenaga pikat juri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-chen-sheng-dan-hazel-tan.jpg
Kehangatan saingan tarian Terbuka Malaysia 2025 serta Kejohanan Asia B-21, ten dance, kian terasa dengan tirai pembukaan di Shah Alam yang hanya berbaki sehari.

Bintang sukan tari negara, Cherry Yeo, yakin dia bersama rakan sepasukan mampu menyerlahkan identiti tarian masing-masing untuk mencipta sensasi di laman sendiri.

Kelebihan latihan gimnastik artistik sejak berumur 7 sehingga 18 tahun akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam persembahkan gerak tari yang lembut serta dinamik mengikut tuntutan setiap lima disiplin tarian latin.

"Teknik yang utama, kemudian kualiti pergerakan yang dinamik, tahap kepantasan. 

"Dalam rutin lima persembahan yang perlu dilakukan, ia haruslah berlainan antara satu sama lain," katanya. 

Bagi pasangan penari kebangsaan, Lee Chen Sheng dan Hazel Tan, keistimewaan bertanding di tempat sendiri bukan suatu tekanan, malah ia dianggap sebagai peluang tampil dengan aksi lebih memukau.

Dengan hari kejohanan yang semakin hampir, latihan mereka kini tertumpu dalam aspek kawalan tenaga supaya koreografi mereka mampu kekal tajam sepanjang pertandingan.

"Kami perlu memperagakan lima tarian dalam setiap pusingan.
 
"Kami perlu sentiasa kekal tampak bertenaga," kata Chen Sheng pula. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video