Skip to main content

Sukan Lain

Cubprix: Afif harap peroleh keputusan positif di Jempol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afif.jpg
Juara bertahan Cubprix CP150, Ahmad Afif Amran, berkata kekalahannya pada pusingan pertama di Litar Sepang berpunca daripada bentuk fizikalnya.

Afif menyifatkan dengan tubuh badan yang lebih besar berbanding pelumba lain menyebabkannya sukar dan terpaksa akur tidak dapat menjulang trofi kejuaraan.
 

Menurutnya lagi, perhitungan akan dibuat pada pusingan kedua 11 Mac depan dan yakin dengan pengalaman beradu di Litar Jempol bakal memberi kelebihan buatnya.

"Saya antara pelumba yang memiliki tahap fizikal yang besar berbanding pelumba lain. Pelumba yang lebih ringan memiliki kelebihan kerana dapat melakukan kelajuan yang lebih tinggi," kata Afif.

"Saingan di Litar Jempol kami akan mengutamakan kepada perancangan yang telah ditetapkan dan jika kerjasama antara saya dan rakan sepasukan akan membantu kami untuk mendapatkan keputusan yang positif."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video