CUB PRIX
Cub Prix: Yuzy Racing sasar kejuaraan kedua
Pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing mahu meneruskan momentum kemenangan menjelang pusingan kedua perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu depan, selepas menamatkan kemarau kemenangan dua tahun kategori CP150 dalam pusingan pertama di Melaka, 23-24 Mac lalu.
Menurut prinsipal pasukan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, mereka sedar kepentingan untuk mengekalkan momentum sama, namun tidak menolak ia sesuatu yang mencabar untuk dilaksanakan.
"Sudah dua tahun kami dahagakan kemenangan.
Iklan
"Alhamdulillah, hasil kerja keras setiap yang terlibat dengan pasukan ini, pelumba kami akhirnya berjaya menjuarai pusingan lalu.
"Ia merupakan permulaan yang amat berat untuk kami mengekalkan kemenangan, namun kami berkeyakinan untuk mengekalkannya di Pulau Pinang," katanya.
Ditanya mengenai kecederaan yang menimpa pelumba utama pasukannya, Zaqwan Zaidi, Yuzi menambah: "Zaqwan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tangan.
"Saya berasa amat bangga kerana dalam kecederaan cedera seperti itu, dia masih mampu untuk mendapatkan tempat ketiga.
"Dia dan Azroy (Hakeem Anuar) merupakan gandingan yang amat baik dan itulah yang kami mahukan, untuk memiliki dua pelumba yang baik sepanjang kejohanan.
"Kami berharap pelumba ketiga kami, Harith (Farhan), akan turut membantu Zaqwan dan Azroy meraih mata," tambahnya.
Must-Watch Video