Penyandang juara keseluruhan Cub Prix kategori CP150, Ahmad Afif Amran, yakin barisan pelumba Yamaha akan bangkit untuk menyekat penguasaan jentera Honda dalam perlumbaan pusingan ketiga di Litar Tangkak, Johor, bermula esok.
Dalam perlumbaan pusingan pembukaan, ketiga-tiga kedudukan podium menjadi milik jentera Honda melalui Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing), Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Yuzy Racing) sambil Afif (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) menamatkan saingan di tempat keempat.
Azroy sekali lagi menguasai perlumbaan kelas perdana apabila menjuarai pusingan kedua di Litar Batu Kawan, namun Afif menamatkan perlumbaan itu di tempat kedua sambil Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) ketiga.
"Kami menunjukkan peningkatan dalam pusingan kedua, namun masih sedikit ketinggalan berbanding jentera Honda, terutama daripada segi kelajuan akhir.
"Kalau melihat kepada bentuk litar di Tangkak minggu ini, saya rasakan kekuatan di antara jentera Yamaha dan Honda agak seimbang kerana laluannya berbukit-bukit dan agak teknikal.
"Saya perlu menggunakan kelebihan yang ada pada jentera Y15ZR ini untuk menguasai perlumbaan," katanya yang muncul naib juara di belakang Kasma Daniel Kasmayudin di Tangkak, musim lalu.
Mengulas tentang prestasinya sepanjang dua pusingan awal, pelumba berusia 24 tahun itu berkata: "Saingan masih di awal musim, jadi masih banyak peningkatan yang boleh dilakukan.
"Saya tidak terlalu memikirkan tentang kemenangan, sebaliknya mencari pendekatan untuk terus meningkatkan prestasi individu dan jentera dari satu pusingan ke pusingan lain."