Syafiq Rosli berhasrat untuk meneruskan momentum kemenangannya dalam perlumbaan kategori CP115 Cub Prix menjelang pusingan ketiga di Litar Tangkak, Johor, bermula esok.
Syafiq, yang mewakili PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor musim ini, meraih kemenangan sulungnya dalam pusingan kedua di Litar Batu Kawan, 14 April lalu, sekali gus memperbaharui pencapaian terbaiknya ketika meraih dua penamat tempat ketiga musim lalu.
"Saya mahu membuktikan yang kemenangan itu bukan nasib semata-mata. Pasukan ini telah menyediakan jentera terbaik dan sangat kompetitif, jadi saya hanya perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,” kata pelumba berusia 22 tahun itu.
"Setakat ini, semuanya berjalan lancar sejak beralih ke pasukan baru musim ini.
"Saingan sewaktu pusingan pembukaan juga sangat kompetitif, namun malangnya saya gagal menamatkan saingan.
"Selain itu, saya juga mahu meletakkan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor kembali menjadi pasukan yang disegani dalam kelas ini dan menamatkan dominasi penguasaan pasukan YY Pang.
"Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar minggu ini," katanya.