Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Rozaiman yakin mampu bersaing

rozaiman-said.jpg
Beraksi di halaman sendiri memberikan keyakinan buat Rozaiman Said untuk tampil dengan aksi terbaik dalam kategori CP150, pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu ini.

Meskipun beralih ke pasukan baru bagi saingan musim ini, pelumba yang pernah bergelar naib juara keseluruhan CP115 pada 2010 itu yakin Cilik RCB Motorsport mampu memberikan cabaran kepada pasukan lebih besar dan berpengalaman.

"Sebagai pasukan baru, saya akui kami mempunyai banyak kekurangan, namun dengan pengalaman dan kerja keras seluruh pasukan, saya yakin kuasa jentera kami akan terus meningkat. 

"Seluruh pasukan juga sedang memberikan kerjasama untuk membantu kami beraksi dengan lebih baik," jelas Rozaiman yang menamatkan perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka di kedudukan ke-15.

"Dalam perlumbaan di Jasin sebelum ini, jentera kami mempunyai sedikit masalah dan kami telah mengenal pasti kelemahan tersebut. 

"Selepas melakukan perubahan dan ujian, jentera kami menunjukkan banyak peningkatan dan saya berharap keupayaan jentera itu akan bertambah baik sewaktu hari perlumbaan nanti.

"Saya menetapkan untuk layak ke Superpole bagi mencari petak mula terbaik. 

"Tahun lalu, saya menamatkan saingan di tangga ke-15 dan minggu ini, saya berharap dapat meraih keputusan membanggakan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video