Sesi kelayakan Pusingan 6, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis dibatalkan selepas insiden tumpahan minyak di litar sepanjang 0.9 kilometer, hari ini.
Insiden tumpahan minyak itu berlaku sewaktu sesi kelayakan kelas WIRA KBS B dan hujan menjadikan keadaan lebih berisiko.
Meskipun langkah-langkah bagi menangani masalah tersebut telah dilakukan oleh marsyal perlumbaan, namun Pentadbir Perlumbaan (Clerk of the Course) bersama-sama pegawai perlumbaan dan pengurus-pengurus pasukan memutuskan untuk tidak meneruskan sesi sebelah petang atas faktor keselamatan.
Terdahulu, Mohd Hafiz Nor Azman dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing muncul pelumba terpantas sesi latihan sebelah pagi kelas CP150 dengan catatan 40.709s manakala Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) mencatat masa terpantas kelas CP115 dengan masa 42.868s sementara Mohd Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB Tech Racing) dalam kelas WIRA KBS dengan masa 44.276s.
Semua sesi perlumbaan akan bersambung sepertimana dijadualkan esok.