Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Muzzakir cemerlang dalam pusingan pertama

muzakkir.jpg
Selepas lapan tahun menyertai kejuaraan Cub Prix, akhirnya pelumba Onexox TKKR Racing Team, Muzakkir Mohamed, berjaya mencetak kemenangan sulung dalam kariernya bagi pusingan pertama musim 2021 untuk kategori CP150. 

Pelumba berusia 29 tahun itu memulakan 11 pusingan perlumbaan di petak ketiga di barisan hadapan sebelum berjaya merampas status juara dengan masa keseluruhan 14 minit 12.181 saat. 

Manakala tempat kedua milik wakil YY Pang Racing Team, Izzat Zaidi Salehan dan ditempat ketiga dimiliki oleh Ahmad Afif Amran daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha. 

"Ini merupakan saingan paling sukar dalam karier saya dengan kehadiran barisan pelumba berpengalaman dan kami sudah sedia memberikan tentangan kepada pelumba senior," kata Muzakkir.

Sementara dalam kategori CP125 pula menyaksikan wakil Petronas Sprinta Racing Team, Syafiq Rosli, memulakan perlumbaan dengan langkah kanan selepas menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 11:10.393s.

Dua pelumba daripada YY Pang Racing Team, Fareez Afeez Abd Rahman di tempat kedua diikuti dengan Adib Rosley di tempat ketiga.

"Saya telah mengenal pasti bagaimana mengawal perlumbaan dan menguji jentera pada permulaan, saya sangat lega apabila perancangan berjaya dilaksanakan dengan baik," kata Syafiq.

Advertisement

Must Watch Video