CUB PRIX
Cub Prix: Khairul akui masih cari rentak
Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, mengakui masih sedang cuba mencari rentak terbaik untuk mendapatkan kembali sentuhan di litar selepas bergelut pada aksi pembukaan saingan Cub Prix di Sepang semalam.
Khairul kembali semula ke saingan ini selepas kali terakhir buat penampilan pada 2015 dalam saingan CP115 sebelum beralih ke Kejohanan Piala Bakat Asia dan seterusnya mengorak langkah ke kejohanan dunia tahun berikutnya.
Bagaimanapun kepulangannya bukan seperti diharapkan, apabila Khairul yang kini mewakili pasukan SCK Honda dalam kategori CP150 terpaksa berpuas hati dengan sekadar meraih tempat ke-18, sementara rakan sepasukan, Helmi Azman berputih mata apabila tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana terlibat dengan kemalangan.
Must-Watch Video