Walaupun berdepan jadual perlumbaan padat, Zaqhwan Zaidi tetap bersedia untuk tampil dengan aksi terbaik dalam saingan kategori CP150, Pusingan 3, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Tangkak, Johor, hujung minggu ini.
Pelumba negara itu melalui lima pusingan perlumbaan berturut-turut bermula 6 dan 7 April lalu ekoran penglibatannya dalam pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun MFJ (AJRC) di Litar Motegi dan diikuti dengan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan, seminggu selepas itu.
Selepas itu, Zaqhwan kembali ke Jepun bagi menyertai pusingan kedua AJRC di Litar Suzuka dan terus ke Australia bagi menyertai pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di The Bend Motorsports Park.
Minggu ini, Zaqhwan kembali memperkuatkan barisan pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing dalam saingan kelas perdana dengan berusaha untuk kembali ke kedudukan podium dan mengekalkan gelaran pendahulu berpasukan keseluruhan.
“Tidak dinafikan, keadaan fizikal saya ketika ini agak penat setelah mengharungi empat perlumbaan berturut-turut dan lokasi perlumbaan yang jauh tetapi saya tidak mahu menjadikannya sebagai alasan untuk tidak memberikan yang terbaik di Tangkak minggu ini,” kata Zaqhwan, yang menamatkan saingan di Litar Tangkak di tempat ketujuh pada 2017.
“Apa yang paling penting, saya perlu cepat mendapatkan rentak dan keserasian dengan jentera memandangkan dalam dua perlumbaan sebelum ini, saya beraksi dalam kategori 1,000cc.
“Kalau dilihat kepada keputusan sepanjang dua musim lalu, jentera Yamaha memiliki banyak kelebihan di Litar Tangkak, jadi kami perlu bekerja lebih keras dan saya berharap jentera berada dalam keadaan terbaik.
“Kami perlu mengekalkan momentum dan kedudukan ketika ini sebagai bekalan sebelum saingan berehat panjang sempena bulan puasa dan raya nanti,” katanya.