Azroy Hakeem Anuar meneruskan rentak cemerlang apabila meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP150 setelah menjuarai perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.
Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu yang sebelum ini memenangi perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka bermula cemerlang untuk mendahului kedudukan melepasi Md Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak pertama.
Akid, yang kemudian cuba untuk mengejar, terpaksa menarik diri daripada perlumbaan setelah terjatuh seawal pusingan pertama manakala Md Helmi Azman yang ketika itu sedang mendahului perlumbaan, mengalami masalah jentera dalam pusingan kedua, sekali gus membuka ruang selesa buat Azroy untuk terus mendahului perlumbaan.
Juara bertahan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) mengekori di belakang, namun Azroy bijak menutup ruang untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.
Azroy menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17:34.904s, diikuti Afif dengan masa 17:35.080s. Pelumba senior, Ahmad Fazrul Sham, bangkit menebus kehampaan pusingan pertama apabila melengkapkan kedudukan podium dengan masa 17:45.922s.
“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana bekerja keras untuk membantu saya memenangi perlumbaan minggu ini, begitu juga dengan sokongan keluarga dan penaja,” kata Azroy yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.
Tambahnya, “Pada penghujung perlumbaan, saya menyedari Afif berada dekat dengan saya, jadi saya perlu menutup ruang dan berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke garisan penamat."
Podium di tempat kedua membantu Afif untuk naik ke kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 33 mata, diikuti Fazrul dengan 27 mata.
Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang memulakan perlumbaan dari petak pertama berjaya mendominasi 15 pusingan perlumbaan untuk muncul juara dengan masa keseluruhan 13:45.133s.
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) yang bermula dari petak kelima muncul naib juara dengan masa keseluruhan 13:45.224s, sekaligus meletakkannya selaku pendahulu keseluruhan dengan 40 mata.
Duo Motul Yamaha YY Pang, Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman, menamatkan saingan di kedudukan ketiga dan keempat, masing-masing dengan masa 13:45.823s dan 13:46.258s.
Dalam saingan kategori WIRA, Md Aliff Danial M Asri (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) muncul juara dengan masa keseluruhan 11:22.864s, diikuti Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) kedua, 11:23.957s, dan rakan sepasukan Md Aliff, Md Haziq Rosmaza, ketiga, 11:25.946s.
Dua podium dalam dua perlumbaan membantu Md Sharul Ezwan M Sharil untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 36 mata.