Azroy Hakeem Anuar terus mempamer aksi bertenaga dalam misi memburu kemenangan hatrik apabila mencatat masa terpantas dalam pusingan kelayakan CP150 dalam pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.
Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terbaik 44.174s pada pusingan ke-12 untuk mengatasi Md Iqbal Amri Malek (AHM Motorsports Yamaha Racing) yang sebelum itu mendahului lain-lain pelumba dengan catatan terbaik 44.242s.
Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 44.384s manakala Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) dan rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairues, melengkapkan lima pelumba terpantas sesi kelayakan masing-masing dengan catatan terbaik 44.480s dan 44.524s.
“Saingan di Litar Tangkak agak sukar memandangkan pelumba-pelumba lain mula menunjukkan aksi sebenar mereka.
"Selain itu, keadaan litar juga sedikit-sebanyak mengganggu rentak pelumba-pelumba untuk memberi yang terbaik kerana terdapat kawasan yang tidak rata, terutama di bahagian selekoh,” jelas juara pusingan pertama dan kedua itu.
Tambah Azroy, “Saya tidak mahu memikirkan tentang kemenangan ketiga berturut-turut kerana tidak mahu ia menjadi tekanan buat saya. Apa yang penting, saya perlu memberi yang terbaik dan kekal konsisten dalam setiap pusingan kerana sedikit kesilapan akan merugikan saya.”
Saingan kelayakan CP115 dikuasai oleh Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) dengan catatan terbaik 46.167s sambil juara pusingan kedua, Md Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mengekalkan prestasi terbaik apabila muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 46.176s.
Rakan sepasukan Adib, Md Fareez Afeez Abd Rahman, muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 46.303s.
Sementara itu, juara pusingan pembukaan, Md Zaki A Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA dari petak pertama setelah mengungguli sesi kelayakan Shootout dengan masa 46.486s.
Dia diikuti Md Adib M Asri (ELF Koyoko Honda KC Racing Team) kedua, 46.621s, dan Md Adam Haikal Jahar (PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing) ketiga, 46.794s.