Pelumba CP150 Honda Yuzy Estremo Team, Azroy Hakeem Anuar, enggan memberi tekanan kepada dirinya memenuhi sasaran terlalu tinggi menjelang perlumbaan Pusingan Ke-6 Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia di Teluk Intan esok.
Memandangkan jentera yang ditunggangnya tidak begitu sesuai untuk litar teknikal di sana, lantas Azroy cuba memberi tumpuan dengan menguasai litar dengan sebaik mungkin demi sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukannya.
"Kekurangan pecutan jentera ini bermakna saya memerlukan selekoh berkelajuan tinggi.
"Macam tahun-tahun sebelum ini, selepas fasa kedua musim barulah saya dapat menang perlumbaan dan terus dapat kekalkan prestasi.
"Jadi persembahan saya ketika ini agak baik dan ada harapan untuk menaiki podium.
"Saya harap dapat kekal dalam kelompok hadapan dan terus naik podium," katanya.
Selepas menjuarai Pusingan Ke-5 di Litar Permotoran Terengganu, Azroy yang berada di kedudukan kedua dengan kutipan 79 mata, hanya dua mata di bawah pelumba Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Mohd Akid Aziz, yang kini di tangga teratas.