Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) hari ini menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, Md Akid Aziz, mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan kategori CP150.
Pada sesi kelayakan 1 pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, Ahmad Afif Amran dengan catatan masa terpantas 1'17:169s. Di temmpat kedua adalah Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR pada 1'17:395s diikuti rakan sepasukan Afif, manakala Md Akid Aziz di tempat ketiga pada 1'17:734s.
Pada sesi kelayakan 2, Akid berjaya perbaiki catatan masanya dan menduduki tempat pertama dengan catatan masa 1'16:936s sekaligus menempatkan pelumba ONEXOX TKKR RACING TEAM, Md Muzakkir Mohamed yang mencatat 1'17:478s di tempat kedua dan Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING di tempat ketiga pada 1'17:530s.
Berdasarkan keputusan digabungkan, Akid muncul terpantas dengan catatan 1'16:936s diikuti rakan sepasukannya, Afif pada 1'17:169s dan Kasma pada 1'17:395s.
Menurut Akid, "Sepang ni memang perlumbaan yang sukar, sebab masing-masing boleh berada di depan, untuk catatan masa ini memang saya mampu melakukan masa terpantas tetapi jentera saya masih belum bersedia untuk berlumba, banyak lagi yang perlu diperbaiki, saya pun tak berapa yakin lagi dengan jentera saya dan jika ia dalam keadaan sebegini semasa perlumbaan memang sangat mencabar, jadi banyak lagi yang perlu ditambahbaik."