Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Akid laung amaran awal

akid.jpg
Pelumba CP150 Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Mohd Akid Aziz, melaung amaran awal kepada pelumba-pelumba lain bahawa dia sedia memburu kejuaraan.

Ini selepas Akid muncul juara buat kali pertama musim ini, sekaligus mendorongnya untuk melonjakkan kedudukan pada setiap pusingan akan datang.

Di perlumbaan akhir sebentar tadi, Akid mencatat masa 16 minit 27.295 saat, diekori rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran di tempat kedua.

Kasma Daniel Kasmayudin dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor menamatkan saingan di tempat ketiga.

"Untuk kemenangan pertama ini, saya sangat bersyukur dan ia bukan satu perlumbaan yang mudah dalam kategori ini," kata Akid.

Advertisement

Must Watch Video