Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Akid Aziz buktikan dirinya sukar digugat

akid.jpg
Md Akid Aziz, membuktikan dirinya masih sukar digugat setelah berjaya merangkul kejuaraan buat pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, meskipun ketinggalan pada 14 pusingan awal.

Jelasnya, kejayaan tersebut bukanlah berpunca dari keupayaan jenteranya yang dikatakan lebih laju berbanding lawan. 

Malah, dia yakin kejayaan tersebut lahir dari semangat berpasukan yang tinggi, dan dia berjaya menyuntik semangat tersebut pada enam pusingan terakhir untuk memintas Kasma Daniel Kasmayuddin, yang begitu dahagakan kejayaan di litar tersebut setelah kempunan meraih podium untuk tempoh yang lama. 

Advertisement

Must Watch Video