Mohd Adib Rosley tidak akan memandang mudah saingan kelas CP115 apabila bakal beraksi dalam kategori tersebut dalam pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 di Jasin, Melaka, hujung minggu ini.
Setelah beberapa musim beraksi dalam kelas perdana CP130 dan CP150, pelumba Motul Yamaha YY Pang itu bakal beraksi dalam kategori CP115 dan tempatnya digantikan oleh juara CP115 musim lalu, Tengku Amirul Haffirudin, yang akan bergandingan bersama Md Izzat Zaidi dan Md Azhar Abd Jalil dalam kelas CP150.
Sementara itu, Adib akan bergandingan dengan Md Fareez Afeez Abd Rahman dan Md Khairi Asyraf Mahmood dalam misi untuk mengekalkan gelaran individu dan berpasukan yang dimenangi musim lalu.
“Saya tidak boleh memandang mudah saingan kelas CP115 ini hanya kerana saya pernah beraksi dalam kelas CP150. Cabarannya tidak kurang hebat, terutama dengan kehadiran pelumba-pelumba muda yang pantas dan agresif,” jelas juara WIRA pada 2010 itu.
Tambahnya: “Pada masa sama, saya bukan menganggap perubahan kelas ini sebagai ‘turun pangkat’ kerana pasukan mempunyai strategi tersendiri, terutama dalam misi kami untuk mengekalkan gelaran keseluruhan yang dimenangi musim lalu.
“Saya akan memberikan yang terbaik dan pada masa sama akan membimbing dan mengatur strategi bersama Fareez dan Khairi Asyraf supaya dapat menghadiahkan podium kepada pasukan di Jasin minggu ini.”