Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil segala tindakan yang perlu untuk mengekang pandemik Covid-19, termasuk menutup semua pusat latihan di Bukit Jalil dan seluruh negara, selaras dengan perintah kawalan pergerakan oleh Kerajaan Malaysia berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac ini.
Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dalam satu sidang media khas di Bukit Jalil hari ini.
"Dengan arahan terkini daripada pihak kerajaan untuk perintah kawalan pergerakan buat kesemua rakyat Malaysia dari 18 hingga 31 Mac ini, Majlis Sukan Negara bersama Institut Sukan Negara (ISN) melalui jatankuasa bertindak tersebut telah memutuskan beberapa keputusan.
"Beberapa tindakan akan diambil dan telah dilaksanakan.
"Yang pertama, semua pusat latihan di dalam dan di luar Bukit Jalil, termasuk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, Kolej keenam Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusak Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, Kompleks MSN Taman Keramat dan Pusat Latihan Perahu Layar MSN di Langkawi akan ditutup sepenuhnya.
"Semua atlet telah diminta atau akan diuruskan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing kecuali beberapa orang yang sedang dikuarantin," katanya.
Shapawi turut mendedahkan seramai 37 atlet akan dikuarantin sehingga 28 Mac ini selepas disyaki berada bersama Jakie Wong, yang merupakan atlet pertama disahkan dijangkiti wabak berkenaan semalam.
Kesemua mereka ini akan menjalani ujian saringan dan jika didapati positif, mereka akan dirawat dan terus dikuarantin.
Selain itu, seramai 16 atlet badminton negara masih dikuarantin di Bukit Kiara dan akan menjalani ujian saringan esok.
Tambahnya, kesemua pegawai yang terlibat dalam menguruskan atlet yang dikuarantin akan terus
bertugas, namun harus mematuhi prosedur ketat yang ditetapkan.
Setiap atlet di bawah kelolaan MSN kini diminta supaya membuat latihan sendiri berdasarkan program
yang telah ditetapkan oleh jurulatih masing-masing.