Status penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 masih menjadi tanda tanya tatkala wabak koronavirus baru (Covid-19) terus merebak.
Perlu ada perbincangan yang melibatkan semua negara sebelum keputusan rasmi diputuskan pihak penganjur pada Mei depan.
"Kami baru terima e-mel daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa satu sidang di atas talian akan dilangsungkan Khamis ini.
"Presiden dan beberapa pegawai eksekutif IOC telah memberi peluang kepada majlis Olimpik setiap negara untuk menghantar wakil masing-masing menerusi sidang di atas talian bagi mendapatkan status terkini Sukan Olimpik 2020.
"Buat masa ini, kami belum menerima sebarang perkembangan," kata Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, sebentar tadi.