Kekecewaan dua tahun lalu ketika tewas di tangan Muamalat Bullets memberikan kesan mendalam buat pasukan Royal Town Warriors yang berterusan dihimpit duka dan tumpas di pentas separuh akhir Corporate Super Rugby pada tahun berikutnya.
Namun, pada kali ini pula di pentas akhir sekali lagi mereka mengulangi pertemuan yang sama pada tahun 2023, dan meletakkan hasrat mampu menyekat Royal Town sekali gus menafikan kejayaan hatrik juara dua tahun berturut turut itu.
"Alhamdulilah kami berjaya mengulangi pencapaian final dua tahun lalu bertemu Muamalat Bullets pada 2023, dan sekali lagi tahun ini.
"Persediaan semestinya bertambah rapi berbanding peringkat kumpulan, saya ingatkan kepada pemain agar berdisiplin di dalam dan luar padang.
"Pasukan Muamalat berpengalaman, dan ramai pemain kebangsaan yang baru pulang dari Sri Lanka. Kita juga mempunyai beberapa pemain kebangsaan yang telah kami panggil untuk memperkuatkan lagi berisan serangan dan pertahanan untuk berdepan pasukan lawan Sabtu ini," kata jurulatih Royal Town Warriors, Izzwan Mohd Idrus.
Royal Town turut dibarisi tiga pemain kebangsaan iaitu Luqman Termizi, Danish Haiqal Shahizam dan pada hari kejadian nanti El Iskandar semestinya akan menjadi watak penting untuk sasaran juara untuk edisi kali ini.
"Sudah tentu pengalaman mereka harus kami tagih, perlu main 100% dan 150% untuk curahkan apa yang mereka dapat di kem kebangsaan.
"Kita juga diperkuatkan pemain kebangsaan 7s, kita amat memerlukan keringat mereka untuk curahkan dan beri segalanya menjelang final nanti." tambahnya lagi.