Skip to main content

Sukan Lain

Corporate Super Rugby 2025: Royal Town Warriors juara kali pertama, tunda impian hatrik Muamalat Bullets

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Hasrat yang tertangguh! Muamalat Bullets tidak kesampaian merangkul hatrik Kejuaraan Corporate Super Rugby (CSR) 2025.

Selepas tewas kepada lawan yang sama dua tahun lalu di final, akhirnya dendam disempurnakan Royal Town Warriors yang berjaya menjadi pemenang dengan menundukkan juara bertahan, Muamalat Bullets, dengan dibezakan satu mata.

Bullets terlebih dahulu tampil lebih tajam, apabila mendahului perlawanan dengan tiga penalti berturut-turut yang disempurnakan Mohammad Faris.

Warriors berjaya mendapatkan try pertama diikuti penalti yang konsisten diambil oleh kapten mereka, Muhammad Fairuz, untuk kelebihan satu mata.

Namun, berbaki sembilan minit sebelum tamat aksi, pengadil mengambil keputusan untuk menghentikan permainan seketika akibat hujan lebat di Stadium Sultan Suleiman, Klang.




Melihat kepada cuaca yang tiada perubahan positif selepas 30 minit, pengadil memutuskan untuk menamatkan perlawanan, sekali gus Warriors diumumkan sebagai juara dengan kemenangan 16 berbalas15.

"Royal Town Warriors berjaya memecahkan dominasi Muamalat Bullets untuk menghadiahkan kejuaraan sulung kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

"Bermain di tempat sendiri dengan cuaca begini ditambah kehadiran penyokong yang memberangsangkan. 

"Tahniah juga untuk pasukan lawan. Antara perlawanan yang terbaik setakat ini," kata jurulatih Royal Town Warriors, Izzwan Mohd Idrus.

"Bola ragbi ini lonjong, kita tidak tahu ke mana dia akan pergi. 

"Kami sudah menjangka perkara ini akan berlaku.

"Tetapi saya tetap berpuas hati kerana kami mempamerkan aksi yang sangat membanggakan," kata jurulatih Muamalat Bullets, Mohd Mazuri Sallehudin di Nadi Weekend. 

Advertisement

Must Watch Video