Skip to main content

Sukan Lain

Corporate Super Rugby 2025: Muamalat Bullets sedia cipta sejarah, rangkul hatrik kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
"Kami ingin cipta sejarah!"

Itu laungan daripada jurulatih Muamalat Bullets, Mohd Mazuri Sallehudin, untuk menjadi pasukan pertama yang melakar hatrik Kejuaraan Corporate Super Rugby (CSR) 2025.

Dengan bantuan lima pemain kebangsaan yang baru balik daripada Sri Lanka tidak mustahil untuk Muamalat mengulangi kejayaan menundukkan Royal Town seperti di pentas akhir CSR 2023.

"Saya ada berkata kepada pemain yang saya mahu kami menjadi pasukan pertama capai kejayaan hatrik, tekanan memang ada tetapi ayat itu penting kerana ia mempenggaruhi psikologi pemain.

"Jika saya kata 'kita kena menang' maka tekanan itu akan datang kepada pemain. Jadi kita percaya dan tidak letakkan sebarang tekanan pada diri pemain kerana kepercayaan pada diri mereka sudah ada," katanya.

Begitupun, Mazuri turut mengakui tekanan sentiasa ada buat diri dan anak buahnya, lebih-lebih lagi di grand final kali ini dengan Royal Town menjadi tuan rumah. Namun, perkara itu bukan alasan untuk mereka gagal tampilkan prestasi terbaik malam esok.

"Kebanyakan pemain kami bekas pemain kebangsaan, jadi mereka boleh menerima tekanan daripada pihak luar, penonton dan provokasi jika ada.

"Saya percaya mereka boleh bertahan dan fokus 100% kepada perlawanan." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video