Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Chun Yong letak harapan tinggi ke saingan AFF

chun.jpg
Pengendali skuad futsal kebangsaan, Chew Chun Yong, optimis dia tetap berupaya membentuk skuad berdaya saing dalam Kejohanan AFF 2019 di Vietnam, Oktober depan, meskipun tiada perancangan khusus buat barisan negara menghadapi saingan serantau tersebut.

Chun Yong percaya pemain yang akan dipanggil cukup sinonim dengan tahap permainan negara serantau dalam saingan AFF dan mereka mampu menyesuaikan diri menghadapi kejohanan tersebut.

Bekas pemain futsal negara itu juga mengakui beberapa muka baru akan dipanggil, namun ia bergantung kepada prestasi mereka dalam Liga Futsal Kebangsaan yang akan bermula tidak lama lagi.

Latihan pusat akan bermula pada 2 Julai depan.

"Saya menjangkakan pasukan lain sudah bersedia sejak tiga atau empat bulan lalu. Jadi, saya percaya mereka telah berlatih.

"Apa yang saya risaukan adalah sejauh mana pihak kelab telah mempersiapkan pemain sama ada mampu mencapai tahap fizikal dan kecergasan yang diperlukan," kata Chun Yong.

Sasarannya adalah untuk  skuad negara dapat mara ke final walaupun perlu melepasi halangan Indonesia, Australia dan Myanmar dalam saingan Kumpulan B.

"Semua orang bercakap bahawa kali ini Malaysia diundi dalam kumpulan maut. Ia adalah kumpulan seimbang, jadi tiada siapa berdepan laluan mudah untuk ke pusingan seterusnya. Namun, sudah tentu saya meletakkan harapan tinggi memandangkan dalam tiga edisi terakhir, kami mara ke final."

Advertisement

Must Watch Video