Kejayaan mencipta sejarah mengakhiri penantian 40 tahun untuk menyaksikan anak tempatan beraksi dalam undian utama grand slam kategori remaja belum cukup buat bintang
muda, Christian Didier Chin, untuk berpuas hati.
Di atas pencapaian tersebut, Christian kini memburu slot untuk beraksi dalam baki tiga lagi grand slam bagi tahun 2018.
Kali terakhir pemain tempatan layak beraksi dalam kejohanan tennis bertaraf grand slam ialah menerusi Suresh Menon di Wimbledon pada 1979, dan selepas empat dekad, Christian mencipta sensasi layak ke Terbuka Australia Remaja, 20 Januari lalu.
Bagaimanapun, perjalanannya terhenti dalam pusingan kedua selepas tumpas kepada pemain Poland, Wojciech Marek.
Dengan prestasi memberangsangkan setakat ini, jurulatih Christian, Adam Jaya, optimis dia berpeluang beraksi dalam tiga lagi kejohanan grand slam, iaitu Wimbledon, Roland Garros dan Terbuka Amerika Syarikat.
"Jika dia mampu mengekalkan kedudukan dalam kelompok 50 terbaik, Christian memiliki peluang besar beraksi dalam kejohanan ini," kata Adam.
Christian kini menghuni ranking ke-45 dalam kalangan pemain remaja seluruh dunia, dengan tiga kejohanan menantinya selepas ini, khususnya Kejohanan Tenis Sirkit Kebangsaan
yang bermula 30 Januari ini.
Adam mahu Christian mengutip mata ranking sebanyak mungkin untuk mengukuhkan impiannya beraksi dalam kejohanan grand slam seterusnya.
"Kami meletakkan sasaran Christian mampu mengekalkan momentum ini dan berharap lebih banyak dana daripada syarikat-syarikat swasta dan pihak kerajaan bagi membantunya daripada segi penyertaan dalam kejohanan antarabangsa," katanya.
Sementara itu, majlis pelancaran program pembangunan sukan tenis negara berlangsung di Kompleks Tenis Jalan Duta, hari ini.
Selain sebagai pendedahan awal, program tersebut yang dikelolakan oleh Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), digerakkan hingga ke seluruh Malaysia bagi mencari bakat baru di peringkat akar umbi.
Seramai 50 kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun menyertai bengkel yang dikendalikan oleh barisan jurulatih kebangsaan.