Skip to main content

Paralimpik

Cheah Liek Hou terima tajaan khas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cheah.jpg
Ganjaran tambahan tunai berjumlah RM107,000 diserahkan secara langsung kepada lima atlet paralimpik negara, Cheah Liek Hou, Bonnie Bunyau Gustin, Datuk Abdul Latif Romly, Ziyad Zolkefli dan Eddy Bernard, oleh sebuah syarikat pasaraya terkemuka selaku penaja khas.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, turut mentitipkan pesanan buat semua penaja yang mahu memberi insentif tambahan kepada atlet untuk menjadikan 'template' Road to Gold (RTG) yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai rujukan.

Ia bagi memastikan tiada sebarang permasalahan melibatkan isu perbezaan tafsiran berbangkit semula pada masa hadapan.

"Syarikat ini telah menyalurkan hadiah wang tunai secara terus. 




"Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengingatkan atlet yang tersenarai dalam Program Podium supaya apa-apa janji yang diberikan oleh pihak penaja untuk melindungi diri dan akan digunakan pada masa hadapan," katanya di Nadi Arena.

Dalam pada itu, jumlah keseluruhan RM60,000 telah pun diperoleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 itu seperti  susulan ganjaran tambahan tersebut.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris itu menerima keseluruhan insentif RM60,000 daripada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan syarikat pasaraya tersebut. 

"Perjalanan saya sebagai atlet mewakili negara sudah tidak lama.

"Mungkin saya akan bersara dalam beberapa tahun akan datang.

"Kami berharap segala bonus dapat membantu kami dan berharap isu ini tidak akan berulang kembali," katanya.

Advertisement

Must Watch Video