Selepas meniti hari-hari meresahkan, chef-de-mission (CDM) negara dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, teruja kontinjen kita di Jakarta akhirnya sudah berupaya menggenggam pingat emas.
Abdul Azim yang baru tiba di Palembang hari ini berasakan ini perkembangan yang dinantikan
kontinjen Malaysia.
Emas dalam genggaman buat kontinjen negara di Jakarta berikutan final skuasy wanita yang bakal menyaksikan dua pemain negara, Datuk Nicol David dan S. Sivasangari, akan berentap sesama sendiri.
Selain berasakan Jakarta punya potensi untuk terus memburu emas, Palembang secara realistik mengharapkan pertambahan dua lagi kedudukan di puncak podium.
"Ia hadir tepat pada waktunya.
"Sukan sasaran Malaysia seperti skuasy baru memulakan saingan.
"Berbasikal dan pelayaran belum lagi bermula. Inilah masanya kontinjen negara memulakan saingan merebut pingat dalam sukan berpotensi.
"Kami masih mempunyai keyakinan untuk menepati sasaran yang telah ditetapkan," kata Abdul Azim.