Skip to main content

Sukan Lain

Catur berpasukan tumpuan baru peringkat kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uzair-shahar-catur.jpg
Hari kedua Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka Kebangsaan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur menyaksikan sebanyak lapan jenis kategori berlangsung untuk merebut hadiah yang ditawarkan.

Antara atlet tumpuan adalah Malaysian Masters Champion, Uzair Shahar, yang baru berusia 17 tahun. 

Dia memiliki misi lebih besar untuk menjadi grandmaster pertama di Malaysia dan kejohanan ini bakal menjadi medan persediaan terbaik buatnya sebelum merebut takhta grandmaster champion yang menjadi sasarannya dua tahun lagi.

"Selepas ini saya menyasarkan gelaran international master bermula Kejohanan Asia B-23 di Pulau Pinang minggu depan," katanya. 

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Najib Abdul Wahab, tujuan utama edisi kedua kejohanan ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain-pemain catur tanah air. 

Lantas, Najib mengharapkan penyertaan agar terus meningkat dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.

"Ini antara usaha kami untuk memperkasakan tahap teknikal pemain, supaya mereka dapat bermain dalam kejohanan yang lebih mencabar.




"Mutu kejohanan seperti hari ini amat jarang diadakan di Malaysia, apatah lagi dalam acara berpasukan. 

"Diharap pemain negara dapat permainan teknikal permainan dan bertanding yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa bagi memperbaiki pencapaian mereka," katanya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video