Kesetiaan bintang New York Knicks, Carmelo Anthony, terus diuji.
Timbul desas-desus kebelakangan ini bahawa Knicks sedia bergerak ke hadapan tanpa bintang utama mereka itu, namun Anthony masih mahu kekal di New York.
Bagaimanapun, senario itu bakal berubah sekiranya Knicks membuat keputusan mereka tidak lagi memerlukan khidmatnya.
"Keputusan terserah kepada pihak pengurusan," jelas Anthony menerusi Newsday.com.
"Saya masih mempunyai hak menentukan kedudukan saya tetapi saya mahu berbincang dengan mereka. Jika pengurusan mahu bergerak ke arah berbeza, kami akan duduk berbincang.
"Jika mereka mahu mencipta masa depan yang baharu, sudah tentu saya perlu memikirkan semula masa depan saya."
Anthony -- yang kini beraksi dalam musim ke-13 bersama Knicks -- melakar purata jaringan 22.3 mata dan enam rebound dalam setiap perlawanan.
Dalam dua perlawanan terakhir, dia telah melakar kutipan 30 mata dan tidak pernah kurang daripada purata 20 mata dalam satu musim.
Pemain berusi 32 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun pada 2014, namun mungkin perlu meneruskan kariernya dalam pasukan lain jika mahu memburu kejuaraan NBA.
Bagaimanapun, dia masih belum bersedia untuk membelakangkan kelab kesayangannya itu.
"Sukar untuk saya memikirkan perkara ini.
"Ketika kami sedang tewas, secara peribadi saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan pasukan ini."
Bola Keranjang