Penganjuran Camp5 Crank Bouldering di KL Eco City, memberi peluang kepada jaguh-jaguh 'rock climbing' negara untuk mendapat pendedahan terbaik terutamanya dengan format yang setanding kelas dunia.
Sukan Rock Climbing yang kini diiktiraf ke pentas lebih berprestij apabila turut disenaraikan dalam temasya Sukan Olimpik.
"Apa yang kami anjurkan ini mengikuti format terkini Sukan Olimpik. Kami mahu melahirkan atlet yang akan mewakili Malaysia dalam peringkat tertinggi kejohanan sama ada di Sukan Olimpik atau di Piala Dunia," kata Pengarah Urusan Camp5, Jeremy Peet.
Bagi peserta pula, ini adalah masa terbaik untuk menguji kemampuan semasa selari dengan mengikuti ujian dan format sebenar bertaraf antarabangsa.
Najmi Iman
Sun May 05 2024