Skip to main content

Sukan Lain

Cabaran terbesar dalam karier -- Adelia teruja bawa cabaran negara ke Kejohanan Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling.jpg
'Cabaran terbesar karier' 

Itu antara luahan atlet tenpin bowling remaja kebangsaan, Adelia Nur Irwan Syazalee, apabila namanya terpilih untuk mewakili negara di Kejohanan IBF Dunia di Kowloon, Hong Kong, November depan.

Satu-satunya pemain remaja yang tersenarai ke kejohanan dunia merupakan cabaran baru buat Adelia, dengan dia juga menjadikan Kejohanan Tenpin Bowling Remaja Asia sebagai salah satu platform persiapan terbaik.

"Saya berasa tertekan sedikit tetapi berasa puas kerana sudah bekerja keras untuk sampai ke sini. Saya akan fokus Kejohanan Remaja Asia dahulu baru Kejohanan Dunia.

"Mesti ada sasaran tinggi, tetapi sekarang saya akan cuba yang terbaik dan realistik dalam menentukan sasaran," katanya.

Sementara itu, seorang lagi atlet skuad remaja negara, Adania Mohd Redzwan, terpilih untuk beraksi di temasya Sukan SEA Thailand pada Disember nanti.

"Banyak perasaan sertai Sukan SEA pertama kali, saya mahu belajar lebih banyak lagi dengan senior," tambahnya.

Aksi di Thailand itu akan menjadi pengalaman pertamanya di temasya dwitahunan itu, dan Adania bakal berganding bersama barisan senior yang punyai pengalaman lebih luas.

Dalam pada itu, ratu tenpin bowling negara, Natasha Mohamed Roslan, turun untuk memberikan sokongan kepada barisan pemain pelapis yang sedang beraksi di Kejohanan Remaja Tenpin Boling Asia 2025.

Bagi Natasha, yang pernah berada di posisi yang sama ketika dirinya remaja, ianya satu tanggungjawab untuk menyokong mereka dari segala aspek.

"Ini kejohanan besar buat mereka dan saya pernah hadapi. Saya mengharapkan mereka tidak berputus asa dan berikan segalanya. Dahulu pun saya beraksi tidak bagus dan Kembali perbaiki pada hari berikutnya." ujar Natasha.
 
Redoxon

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video