Skip to main content

E-Sukan

Cabaran 'muka baru' Homebois cipta nama di Riyadh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hbb.jpg
Pasukan Naib Juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia, Hombois, bakal memulakan penampilan pertama dengan pasukan baru mereka di Mid Season Cup 2025 petang ini.

Hombois bakal bertemu pasukan berpengalaman di pentas MSC iaitu wakil Singapura, Team Flash yang pernah melangkah ke separuh akhir MSC 2024 dan tertewas di tangan SRG.OG 3-0.

Tampil dengan barisan pemain yang baru, Homebois mencipta kejayaan memberangsangkan di MPLMY musim ke-15 selepas berjaya menempah slot ke EWC 2025 mengenepikan pilihan utama, Team Vamos.

Mampukah Vell, Eiva, Izanamiyeyo, Eyymal, Ivann dan Melqt mencipta kejutan mencipta nama di penampilan pertama mereka di MSC EWC 2025?

Saksikan pertarungan hangat di Land of Dawn di antara Homebois dan Team Flash pada jam 5.00 petang di saluran 802 secara langsung.
 

Advertisement

Must Watch Video