Namun, pengalaman mematangkan anak jati Kedah itu untuk membina keyakinan diri tidak akan dilupakan buat pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati
Atlet kebangsaan itu masih mendahagakan lebih banyak kejayaan di pentas tertinggi walaupun berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara pecut wanita dalam penampilan sulung di Paris 2024.
Secara amnya, Izzah Izzati juga tidak menyangka bahawa dia dapat memberi saingan kepada medalis edisi lalu di Tokyo 2020 sambil menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk berjuang di Los Angeles 2028.
Tidak sangka dapat beri saingan kepada medalis Tokyo 2020, Nurul Izzah jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk muncul pencabar pingat di LA 2028! ?#NadiArena #LA28 #KitaSemuaTeamMas #SokongMalaysia pic.twitter.com/XsDrcKa8Wr
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 13, 2024