Potensi yang dimiliki atlet lompat kijang dan lompat jauh negara mampu menghadiahkan pulangan membanggakan buat jurulatih, Ahmad Firdaus Salim, dalam temasya Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini.
Ia bakal menjadi pentas bersejarah buat Ahmad Firdaus tatkala anak buahnya, Andre Anura Anuar, sudah mengumpul koleksi dua emas dan Firdaus optimis mahu menoktahkan kejuaraan hatrik, sekali gus melebarkan dominasi Andre di pentas Asia Tenggara.
Terdahulu, pada awal karier kejurulatihan Firdaus turut membimbing Muhammad Hakimi Ismail yang merekodkan hatrik emas kejohanan dwitahunan itu dalam acara sama antara 2015 sehingga 2019.
Meskipun Andre masih belum layak secara merit, namun senario itu sedikit pun tidak menggusarkan Firdaus.
Sebaliknya, dia mengambil pendekatan ke belakang dan mempertaruh teknik larian dan lompatan yang lama.
Difahamkan, langkah itu diambil selepas Andre tidak mampu melepasi jarak sejauh 16 meter (m) sejak dua tahun lalu -- dengan masa berbaki enam bulan, Andre kembali mencari keserasian ritma larian yang lama, berbanding teknik baru.
"Sebenarnya, jika diikutkan Andre sudah memahiri lompatan 16m.
"Dalam dua tahun, kami sedang memperbetul larian dan lompatannya untuk dia mendapatkan catatan terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.