BSE Basi! Itu kata-kata ditujukan khas buat Black Shrew E-sports (BSE) setibanya mereka dalam Kejohanan Dunia Honour of Kings (Hok) daripada pasukan serantau, khususnya tuan rumah, Indonesia, yang berasakan wakil negara itu tidak relevan dalam kancah elit berkenaan.
Bagaimanapun, ejekan dan perak psikologi itu tidak mampu menggoyahkan mereka sebaliknya membakar semangat untuk membuktikan kemampuan dengan bergelar juara dunia.
Mesej paling penting BSE buat golongan muda di luar sana ialah e-sukan kini bukan sekadar hobi, ia satu kerjaya, dengan syarat perlu menyeimbangkannya dengan pelajaran.
Pengurus BSE, Lai Kok Kiong (Joker), berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Kami mahu memiliki lebih ramai pemain untuk kelab ini bagi kejohanan tahun depan.
"Kami memiliki lebih masa untuk mempersiapkan pasukan bagi kejohanan tahun depan.
"Jadi, kami harap kami dapat meneruskannya dan terus meningkat untuk mengekalkan gelaran kami.
"Ia bukan sekadar anda bercakap anda mahu menjadi pemain profesional, jika tiada bakat, anda jangan mengambil mudah tetapi jika anda benar-benar berbakat, anda boleh mempertaruhkan segala yang anda ada kerana pemain kami sudah membuktikannya," katanya.