Program Podium mengambil risiko apabila megumumkan pelantikan Christian Brooker sebagai penolong jurulatih skuad terjun negara sedangkan dia belum mendapat permit pekerjaan, malah masih menunggu masa untuk menandatangani kontrak bersama Malaysia.
Brooker tiba di Malaysia dua minggu lalu dan lebih banyak memerhatikan sesi latihan skuad kebangsaan.
Beliau sepatutnya menggantikan bekas ketua jurulatih, Yang Zhuliang, yang tidak disambung kontrak tetapi akhirnya diumumkan sebagai penolong jurulatih.
Realitinya, bekas penerjun kebangsaan Australia itu tidak terikat dengan Malaysia kerana belum mendapat permit pekerjaan dan secara tidak langsung, menangguhkan urusan menandatangani kontrak bersama Program Podium.
Ujian besar pertama Brooker ialah Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
"Tiba di sini buat pertama kali, saya sekadar menjadi pemerhati dan belum terlibat dalam sebarang tugas kejurulatihan. Saya lihat atlet (Malaysia) sangat fokus, gigih dan bersemangat untuk berjaya.
"Ia akan membuatkan tugas saya lebih mudah.
"Perancangan terdekat ini adalah membina hubungan dengan atlet, mendapatkan kepercayaan dan menaikkan keyakinan atlet supaya mereka boleh beraksi lebih baik dalam kejohanan nanti," kata Brooker.
Menurut Pengarah Program Podium, Tim Newenham, mengenai situasi kontrak itu: "Skuad terjun akan terus berkembang dan Brooker memeterai kontrak yang akan dilakukan pada masa yang tepat.
"Ia akan disempurnakan tidak lama lagi, sebelum Sukan Komanwel."
Selain menyesuaikan diri, Brooker juga perlu mencari jalan terbaik untuk berkomunikasi dengan Yukun.
Ini kerana Yukun hanya fasih berbahasa Mandarin manakala Brooker menggunakan bahasa Inggeris.
"Sudah dua minggu dia berada di Malaysia.
"Saya berasakan kami ada persefahaman yang baik, tiada masalah. Saya sedang belajar kedua-dua bahasa. Ada teknologi, tiada masalah," ujar Yukun.