Ketua pasukan bridge berpasukan super campuran negara, Khor Shi Jie, mengangkat bendera putih dalam perebutan tiket peringkat separuh akhir Sukan Asia Jakarta-Palembang selepas Malaysia berada dalam kelompok bawahan peringkat round robin di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, hari ini.
Peluang negara dalam berpasukan lelaki dan berpasukan super campuran dilihat sukar apabila menghuni kelompok bawahan dengan empat pasukan terbaik akan melangkah ke separuh akhir.
"Apa yang penting bagi kami adalah memperkenalkan sukan ini.
"Kami akan memberikan usaha terbaik sambil berharap pasukan terbaik akan menang.
"Situasi agak sukar ketika ini, saya tidak menyukainya, namun kami tetap berusaha memberikan yang terbaik," kata Shie Jie.
Rakan sepasukannya, Tan Sze Guan, berkata Sukan Asia tetap memberi impak positif terhadap prestasi mereka pada masa akan datang.
"Ia memerlukan masa untuk memperbaikinya.
"Saya percaya sejurus Sukan Asia berakhir, persefahaman antara kami akan bertambah baik," kata Sze Guan.