Skip to main content

Sukan Asia

Bridge: Impian atlet tertua negara makin cerah

hildah-bridge.jpg
Skuad bridge negara meraih kemenangan bersejarah dalam penampilan sulung Sukan Asia menerusi acara berpasukan lelaki untuk menghidupkan impian atlet tertua kontinjen negara, Hildah Lee Hung Fong, yang dipendam sejak setengah abad lalu.

Hildah, 81, menjadi atlet ketiga tertua dalam Sukan Asia Indonesia selepas wakil Filipina dan Singapura.

Walaupun baru berpeluang mewakili negara pada usia emas, namun Hildah berhasrat agar penampilan sulung dalam temasya itu dapat mencerahkan peluang bridge dipertandingkan dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

"Saya harap pihak kerajaan boleh menggalakkan sukan bridge di peringkat sekolah sebagaimana dilakukan Indonesia," katanya.

Dia menyertai acara berpasukan super campuran yang menyaksikan Malaysia tewas kepada Filipina dan Thailand dalam dua perlawanan awal di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta.

Kemenangan sulung bagaimanapun diraih apabila David Chee, Yeoh Li Yuan, Tan Su Beng dan Tan Sze Guan menewaskan pasukan pilihan, China, dengan 12.29 mata berbalas 7.71 mata dalam aksi kedua.
 

Advertisement

Must Watch Video