BINA BADAN
Brazil arah siasat kematian Gui Bull
Pihak berkuasa Brazil mengarahkan bedah siasat dijalankan atas kematian ahli bina badan Brazil, Guilherme Henrique atau dikenali Gui Bull, yang menemui ajal pada usia 30 tahun.
Punca kematiannya masih belum didedahkan secara rasmi meskipun teman wanitanya, Jessica Belenello, menjelaskan di Instagram (IG) bahawa Gui meninggal dunia selepas mengalami sesak asfiksia -- keadaan sukar bernafas akibat kekurangan oksigen di dalam darah.
Ia mengejutkan komuniti kecergasan di tanah airnya, apatah lagi Gui merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biologi lulusan Universiti Negeri Parana, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biokimia, malah masih menuntut dalam pengajian pemakanan.
Iklan
Bulan lalu, seorang ahli bina badan terkenal dari Jerman, Vittorio Pirbazari, rebah ketika sedang berlari di atas treadmill, manakala seorang ahli bina badan wanita mati selepas serang jantung ketika pesta sukan., beberapa bulan sebelumnya.
Must-Watch Video