Usain Bolt tidak kesal dengan keputusannya untuk bersara pada akhir tahun ini tetapi berikrar untuk mengekalkan prestasinya selepas menamatkan kerjayanya sebagai atlet olahraga luar biasa bagi mengelak menjadi gendut.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik sebanyak lapan kali itu akan berlumba buat kali terakhir dalam Kejohanan Dunia di London, Ogos depan.
Pelari pecut legenda Jamaica itu akan bersara sebagai atlet hebat, tidak kira sama ada dia akan mengakhiri lariannya dengan bergaya di venue yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012.
Bolt, 30, berkata tidak ada peluang untuk dia mengubah fikiran dan melakukan pusingan U.
"Semua orang mahu saya untuk meneruskannya tetapi ia tidak begitu mudah. Anda tahu apa yang saya maksudkan?
"Saya telah melakukan apa yang saya mahu lakukan. Saya telah melakukan sesuatu yang besar dalam sukan ini," katanya kepada BBC Sport.
"Orang hanya mahu melihat lebih banyak lagi, namun anda sendiri tahu bilakah anda perlu membuat keputusan ini. Saya tidak mahu meneruskannya lagi dan kemudian mulai pudar kerana saya tidak suka kalah.
"Saya tidak menyesal. Jika anda melihat kebanyakan atlet, itu salah satu cara reputasi mereka terjejas.
"Menjadi begitu dominan dalam kerjaya mereka, bersara, kemudian merindui sukan itu sebelum kembali daripada persaraan adalah sesuatu yang berbeza. Saya tidak fikir jurulatih saya juga akan kembali melatih saya lagi.
"Saya mempunyai pertaruhan dengan pengurus saya. Mereka memberikan saya dua tahun sebelum perut saya mula buncit, jadi saya tidak boleh membiarkannya berlaku!"