Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia 2025 dijangkakan akan menyajikan saingan lebih sengit daripada kem negara dengan mengambil kira peningkatan prestasi terkini dan lakaran rekod cemerlang baru yang ditampilkan tahun ini.
Penganjuran edisi ke-43 ini menjadi antara kejohanan terbesar di Asia dengan penyertaan barisan pemain boling elit dari seluruh dunia sekali gus menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM450,550.
"Seperti yang dimaklumkan jurulatih, keseluruhannya kem negara mampu memberikan saingan. Mereka mempunyai tahap keyakinan yang tinggi selepas meraih kejohanan dunia baru-baru ini dan mampu bersaing dengan pemain lain," kata Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Najeeb Abdullah.
Sementara itu, juara kategori wanita edisi lalu, Gillian Lim, melihat dirinya sendiri sebagai pencabar paling terdekat selain daripada perbandingan yang dapat ditunjukkan menerusi kejayaan berganda daripada barisan kem negara.
"Ia adalah tentang saya dan diri saya sendiri, bagaimana saya perlu perbaiki. Saya perlu belajar untuk kekal tenang dalam setiap perlawanan.' tambahnya.