Keserasian luar biasa menjadi taruhan skuad boling tenpin wanita negara untuk memulakan pemburuan emas menerusi acara trio dalam Sukan Asia Indonesia di Pusat Boling, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang, esok.
Ketua jurulatih negara, Holloway Cheah, akan mengambil kesempatan sehingga saat-saat akhir untuk menentukan trio negara yang akan membuka kempen di Sumatera Selatan.
Kudrat pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli dan Esther Cheah, dijangka menjadi pilihan Holloway di samping Sin Li Jane.
Mereka ini juga kombinasi yang memenangi pingat emas dalam Sukan SEA tahun lalu menerusi acara sama.
"Bagi saya, tidak kisah sama ada anda adalah pembaling pertama mahupun kedua.
"Selaku pembaling pertama, anda tetap perlu memberikan aksi terbaik. Jadi, bagi saya semuanya sama sahaja.
"Semua pemain memainkan peranan penting. Terpulang kepada jurulatih untuk menentukan kedudukan pemain," kata Li Jane.
Li Jane juga berasakan tidak ada masalah untuk skuad negara, terutama barisan wanita yang memikul tekanan untuk mereka menghadirkan pingat emas.
"Tekanan positif sangat bagus.
"Tetapi, semua pemain bersikap tenang dan hanya fokus kepada apa yang perlu dilakukan demi memastikan aksi terbaik," ujarnya.