Barisan kejurulatihan skuad boling tenpin negara tidak gusar dengan perkembangan atlet
ketika penyertaan dalam Kejohanan Terbuka Thailand 2019 minggu ini menjadi satu lagi medan bagi atlet negara mencari prestasi sebenar.
Boling tenpin Malaysia melalui tahun luar biasa pada 2018 menerusi kejayaan dalam Sukan Asia 2018 yang ditunjangi skuad wanita.
Tidak kurang juga buat barisan lelaki yang diketuai Rafiq Ismail selepas atlet itu muncul juara dunia dalam kategori perseorangan.
Bagaimanapun, penampilan mereka di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) buat Rafiq sepanjang empat bulan pertama tahun ini belum memberikan pulangan memberangsangkan.
"Saya tidak begitu bimbang dengan prestasi Rafiq.
"Dia sentiasa berikan persembahan mantap apabila diperlukan, begitu juga pasukan wanita yang kami miliki.
"Ketika ini, lebih baik barisan atlet saya tidak mencapai kemuncak prestasi kerana lebih sesuai ia berlaku September depan bagi menghadapi Sukan SEA Filipina, dari 30 November-11 Disember ini," ujar jurulatih, Beng Heng, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Edisi ke-45 Terbuka Thailand menyaksikan Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) mempertaruhkan 20 wakil yang terdiri daripada skuad lelaki dan wanita.
"Ada pemain yang masih berusaha untuk memperbaiki teknik balingan mereka.
"Apa yang paling utama, prestasi skuad wanita di tahap terbaik menerusi kelibat Esther Cheah, (Siti Safiyah) Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane di samping pemain muda yang akan menimba pengalaman sebagai pelapis," katanya.