Skip to main content

Sukan SEA

Boling tenpin: Saingan sengit rebut empat slot ke Manila

saidatul.jpg
Hanya memiliki empat slot untuk mewakili negara ke Sukan SEA di Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan, skuad boling tenpin negara kini giat berlatih bagi merealisasikan sasaran empat pingat emas.

Skuad wanita negara giat membuat persiapan di Sunway Mega Lanes bagi menghadapi Sukan SEA 2019 di Manila.

Bagaimanapun, hanya empat wakil yang bakal ditawarkan bagi kategori lelaki dan wanita dalam temasya dwitahunan itu.

Sudah pasti persaingannya sengit antara atlet-atlet boling negara kerana mereka memiliki kualiti tersendiri.

Selain itu, ia bakal menjadi kesukaran buat jurulatih negara, Holloway Cheah, dalam membuat pemilihan mengisi empat slot tersebut ketika saingan Sukan SEA kali ini tidak membenarkan slot untuk pemain gantian.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video