Tiada siapa boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dalam saingan boling tenpin berpasukan lelaki di Pusat Boling, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang esok setelah format baru acara itu diperkenalkan buat pertama kalinya dalam Sukan Asia.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah penganjuran boling tenpin dalam Sukan Asia apabila acara enam sepasukan diperkenalkan, berbanding lima sepasukan sebelum ini.
Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam acara itu dengan menggunakan format lama, merangkul perak dalam dua edisi berbeza sejak 2010 di Guangzhou dan seterusnya di Incheon 2014.
Persaingan amat kuat dijangka akan hadir daripada juara bertahan, Korea Selatan, serta tidak dilupakan negara jiran, Singapura.
Biarpun Rafiq Ismail merupakan tonggak Malaysia ketika membantu meraih perak di Incheon empat tahun lalu, tambahan dia baru sahaja menambah satu lagi koleksi pingat Sukan Asia dalam acara trio lelaki semalam, ia masih belum menjamin tempat untuk dirinya diturunkan ketua jurulatih, Holloway Cheah, esok.
"Saya tidak pasti tetapi ini kali pertama mereka mengadakan acara berkumpulan yang membariskan enam pemain. Sebelum ini hanya lima pemain.
"Jadi, semua orang tidak tahu apa yang akan berlaku, cuma mengharapkan yang terbaik," kata Rafiq.
Skuad boling tenpin lelaki negara semalam cemerlang menambah satu pingat perak dalam acara trio yang dibarisi Rafiq serta dua lagi rakan, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol.
Berbanding Rafiq yang sudah merangkul dua pingat dan Timmy yang meraih tiga pingat sepanjang terlibat dalam Sukan Asia, ini merupakan pingat pertama Ahmad Muaz dalam penampilan pertamanya dalam Sukan Asia.
"Saya memang berasa bangga dan gembira," kata Muaz.