Skip to main content

Sukan Asia

Boling tenpin: Natasha, Afifah gagal cipta kebangkitan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling-wanita-natasha.jpg
Hasrat untuk melihat skuad boling negara mempamerkan kebangkitan dalam blok kedua acara masters wanita tidak kesampaian selepas dua wakil negara, Natasha Roslan dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, sekadar menamatkan saingan di kelompok belakang.

Hanya tiga peserta terbaik dalam acara masters akan layak berentap dalam acara stepladder.

Barisan pemain perlu merapatkan jurang jatuhan pin selepas saingan hari pertama yang menempatkan Afifah di kedudukan ke-12 sementara Natasha di kedudukan ke-13.

Natasha cuba bangkit dan meletakkan dirinya dalam kelompok enam terbaik selepas game ke-12, namun prestasinya kembali merudum selepas itu. 

Sementara itu, Afifah pula bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik dengan berada di kedudukan ke-13. 

Selepas tamat kesemua 16 game, Natasha terpaksa berpuas hati di tangga ke-10 dengan membuat 1,844 jatuhan pin manakala Afifah pula di tangga ke-14 dengan 1,737 jatuhan pin.

Mirai Ishimoto mengungguli cabaran masters wanita untuk layak ke pusingan stepladder pada sebelah petang, diiringi dua peserta Korea Selatan, Lee Nayoung dan Lee Yeonji.

"Dalam tiga game terawal, segalanya berjalan baik tetapi satu game berikut, saya berdepan dengan kesukaran sehingga membuatkan rentak saya terganggu," kata Natasha.

Afifah menyimpulkan tuah tidak menyebelahinya dengan berkata: "Apabila saya telah membuat balingan yang bagus tetapi tidak dapat strike, daripada situ saya berasa sedikit berputus asa. 

"Tetapi, saya tahu ada hari-harinya nasib tidak memihak walaupun membuat balingan yang baik," ujarnya. 

Advertisement

Must Watch Video