Atlet boling tenpin negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, belum menyerah kalah untuk mencari rentak dalam usaha mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Boling Tenpin Wanita Dunia di Las Vegas, bulan depan.
Afifah berhajat mempertahankan gelaran juara berpasukan wanita sebagai penamat badi kemarau pingat selepas gagal meraih sebarang kejuaraan dalam beberapa kejohanan sejak awal musim ini.
Bagaimanapun, atlet berusia 28 tahun itu enggan meletakkan dirinya dalam tekanan menjelang misi lebih besar yang menantinya, malah dia menganggap perlu menggandakan usaha serta kekal fokus dalam latihan.
"Saya menyasarkan pingat dalam Kejohanan Dunia memandangkan kami adalah juara bertahan acara berpasukan pada 2017.
"Walaupun diletakkan harapan tinggi, saya yakin kami berenam mampu buat yang terbaik," katanya di Sunway Mega Lanes, pagi tadi.
Baginya, sokongan daripada ibu bapa dan jurulatih menjadikannya lebih bersemangat untuk bekerja keras dalam meneruskan kemaraan lebih jauh.
Afifah menaruh harapan mampu mengulangi prestasi cemerlang seperti dalam Sukan Asia Indonesia 2018 yang menyaksikannya memungut pingat emas melalui kategori trio wanita di samping Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.
"Saya baru sahaja menyertai empat kejohanan dan saya mara ke pusingan akhir kecuali di Madrid dan Munich.
"Namun, saya masih tercari-cari momentum sebenar selepas Sukan Asia 2018.
"Dalam masa sama, saya perlu baiki aspek melepaskan bola sebelum menghadapi kejohanan yang akan datang," tambahnya.